MY STATUS!
Saya Mendoakan Pendekar Menjadi Johan Acara Kawad dan Johan Keseluruhan untuk Sukan Tahunan SMSS pada Tahun Ini. Amin..
It's All About F15Teen :D: February 2012
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 19, 2012

Last post for today :')



well, comel tak kucing dekat atas tuh? comelkan? macam aku ;D *ops, terlebih sudah. okay, back to the topic. kejap lagi, tak sampai satu jam jer lagi aku dah nak balik SMSS. mesti aku rindu dekat blog, twitter and facebook. korang pun jangan rindu aku tahu! *silamuntah* haha. okay, dah tak tahu nak cakap apa. bye!

>wordless<

UPS 1 3.3.2012 nih. korang doakan aku supaya dapat buat yang terbaik ek? cuak jugak nih :(







thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

him is my BATMAN :')



korang............ perasan tak Favicon aku gambar apa? yup! its BatMan!! hehe. kenapa aku pilih BatMan? sebabnya, dekat sekolah ramai yang dah pilih SuperMan sebagai buah hati diorang. so, aku nak lain sikit dari diorang, aku pilih encik BatMan. tapi sebenarnya, BatMan nih someone yang dah lama aku admirer. siapa ek? hehe, just let me know who ;D aku pun dah print satu logo BatMan untuk diletakkan bawah meja. hehe. nanti bila teringat dia, pandang jer logo tuh. xD okay, aku dah start merepek. bye! *just nak cakap pasal encik BatMan a.k.a. FruitHeart aku jer..

notakaki: aku tengah selsema+batuk+sakit tekak. hebat tak? tapi still tak nak makan ubat. wahai classmates and batchmates tersayang, bersiap sedialah dengar suara aku yang macam itik nak beranak xD





thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Saturday, February 18, 2012

Rugby :)




weh, tadi aku text amin. dia bagi tahu keputusan perlawanan untuk hari nih. nak tahu tak? nak tahu tak? jeng.. jeng.. jeng... hehehe. keputusannya ialah

menang 1, seri 2 dan kalah 1.

okay tak, okay? okaylah tuh... eddy dengan syakir try masa lawan Titans. *tak tahulah pulak Titans tuh sekolah mana. so, besok diorang ada game lagi. harap-harap diorang dapat menang cup. dapat no 3 pun jadilah. asalkan cup. nanti kita doakan untuk diorang sama-sama ek?

p/s: tak dengar lagi 'dia' try. haha. hope sangat besok dia dapat banggakan aku. okay, aku sakai..







thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

12.02.2012 till 17.02.2012 :D


Okay, ni gambar whole week yang aku cakap tuh. credits to Adlina Amirah for these pictures :)


Rugby (SMSS v.s. BRC)

the coach, Sir Raja :)

cheer up guys! :)

me with yani dekat tepi court :D

we gathered to cheer for batchmates :)


the multipurpose court a.k.a. court basket :)

my locker AinaZaid. its ccoooliio.
kamu hado?

my table :)

me with syakir the Jendul one xD

 tidur je kerja, mentang-mentang tak ada POD :)

tidur time agama. terbaaaiikkk! (Y)

me with adlina during english class :)
 so, thats all je lah yang aku dapat tunjuk. nak upload semua gambar susah. so, aku upload sikit jer dulu. kalau ada gambar lagi, nanti aku uploadlah lagi.. :D


FYI, hari ni ada tournament rugby. BRC 10's. hope sangat SMSS un-14 dapat menang lagi-lagi kalau ada lawan Semashur. boleh bangga sikit. haha. just pray all the best. lagi-lagi awak. goodluck. main elok-elok. jangan injured. nanti saya susah hati :)







thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Friday, February 17, 2012

sambungan... MINGGU ke-6 :D




okay, ingat lagi tak azam 2012 aku? kalau tak ingat klik SINI. cuba tengok yang no. 2 tuh. huhuhu. aku baru berazam tak nak nangis-nangis tahun nih. tapi someone dah pecahkan rekod akulah.. nak tahu siapa? Hazim Syakir!!  tepat pada tarikh 12.02.2012 ceh, lawa tarikh. Syakir psycho aku. memanglah aku nangis tak kuat. tapi tersedu-sedu woo. tu yang tak boleh tahan tuh. masa tuh kitorang prep dekat DM. form 1 and form 2 jer. sebab blok kitorang tak ada elektrik. masa tuh dah lah hujan. tuh sebabnya kitorang prep dekat DM. mula-mula Syakir cuak jugak sebab aku perempuan pertama yang menangis sebab dia. haha. tahu cuak pulak si jendul nih. tapi besoknya kitorang okay-okay jer. tapi memang kena bahanlah dengan amin and luqman. amin tak habis panggil aku nangis atau kirim salam nangis. bengong punya amin. -.-'

hari selasa, 14.02.2012 Pendekar ada buat makan beradab. sedap jugaklah. chicken chop, mushroom soup, orange juice and chocolate jelly. tapi aku makan tak habis sebab aku nak muntah. masa tuh memang aku buli Adlina jer, suruh dia buat semua benda untuk aku. haha. itulah, siapa suruh jadi ABM, kan dah kena layan aku ;D. besoknya pulak, aku dapat junior barulah awakkk... jealous tak? hahaha. well, aku tak kenal diorang lagi sebab diorang masih dalam proses orentasi. so, malas nak buat apa-apa conclusion pasal diorang. kita tengok jer diorang macam mana nanti.

okay, hari khamis paling best. nak tahu kenapa? sebabnya 2 Budi dapat keluar sekolah, pergi KLCC. wee~ best gila. meh sini aku tunjuk sikit gambar-gambar masa dekat sana...

me with syakir :)

suka sangat gambar nih. comel!!

dua orang bakal saintis berjaya ;D

ais-krim tuh. makan jangan tak makan..!

dalam petrosains. pakai 3D spects

my classmates. kurang seorang jer. Aqmal Danial..

lunch time. tak tahu nak makan dekat mana. dekat tepi jalan pun bolehlah..

dah tengok? tuh masa pergi klcc jer. tak tengok the whole week punya picture. nanti aku upload dekat entry lain. lagi pun takut jammed pulak kalau letak banyak sangat gambar. korang jugak yang susah. oklah. bye!~







thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

The 5th Week :D




Hello fellas! dah seminggu lebih tak berblogging gara-gara aku terperap dalam sangkar SMSS. balik-balik jer, terus terfikir nak update blog pasal minggu ke-5 dan ke-6 persekolahan. but, entry yang ni aku cerita pasal minggu ke-5 dulu. sebab cerita pasal minggu ke-6 agak panjang..

well, minggu tuh tak adalah excited mana. tapi, tapi, tapi dan tapi... ceh banyak bebenor tapinyer. ada junior carik pasal dengan aku lah pulak. waduh.. adik, pegangan akak senang jer. selagi awak tak carik pasal dengan akak, selagi tuh akak anggap awak baik walaupun awak ada buat hal dengan senior lain. and, sekali akak benci someone, sampai bila-bila akak benci orang tuh tahu. jadi, get readylah ye? ecehceh aku nih. baru form 2 nak bajet taiko. ish, tak adalah. niat aku bukannya macam tuh sebenarnya. tapi, entahlah. sakitnya hati aku dengar kenyataan dia yang tettt.... apa-apa jelah. malas nak ambil tahu pasal kau.

sabtu tuh pulak kitorang ada sekolah ganti. tapi kebanyakan cikgu sibuk sebab ada majlis interaksi pelajar form 3 dengan form 5. so, thats mean kitorang tak belajar! huhuhu~ kitorang main silent killer dengan truth or dare. well, masa main truth or dare tuh, aku orang pertama yang kena. aku pilih dare. tak sanggup doh kalau truth. macam-macam aku kena tanya nanti. tahu apa diorang dare aku? diorang suruh aku pergi dekat CJ, then tanya dia pakai seluar dalam warna apa? bengong betul. mula-mula aku tak nak buat dare tuh. tapi dah diorang paksa, nak buat macam mana. huh, sakai betul -,-'. okay, tuh jer yang aku ingat pasal minggu ke-5. nanti aku sambung entry pasal minggu ke-6 okay? bye~





thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Tuesday, February 7, 2012

saya dah nak balik... :)



well, kejap lagi aku dah nak balik sekolah dah. mesti aku akan rindu blog kesayangan nih. haih, macam ni lah kehidupan pelajar asrama. sebenarnya aku tengah speechless  nih. tapi tangan nih gatal jugak nak post something before aku balik. so, aku nak cerita pasal semalam.

semalam aku pergi bukit fraser. salah satu pusat pelancongan tanah tinggi yang terdapat di Pahang. *eceh,ceh. keluar fakta geo aku xD nak kata sejuk tuh, sejuklah jugak. tapi tak sesejuk cameron. semalam tak ramai orang. so, nak jalan pun tak sesak sangat. tahu jelahkan. kalau nak naik bukit fraser kena lalu laluan berliku-liku. masa naik tuh, tak adalah pening mana. siap boleh bukak mata luas-luas tengok pemandangan sekeliling. tapi bila nak balik.. Masya'allah! pening nak mampus. tak tahan sampai aku rasa macam nak pengsan jer masa tuh. last-last, sampai jugak dekat bawah. masa tuh, aku rasa lega yang teramat. sampai bawah tuh dalam pukul 7:30. terus singgah masjid untuk solat maghrib. lepas solat kitorang singgah makan dekat restoran tomyam. lepas makan, apalagi, baliklah. sampai jer rumah, terus aku on laptop. kacau-kacau ain, sembang dengan yani. malam tadi tidur pukul 1:00 pagi. tuh kira okey lagi dari Yani. tidur pukul 3:00 pagi. entah-entah sekarang nih tak bangun pagi lagi. hahaha. tak sabar nak jumpa dia petang nih. bye!~


p/s: tiba-tiba teringin nak makan tutti frutti. ada siapa-siapa nak belikan untuk aku?


thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

kami dah baik :)


*nampak tak? dialah Yani ;D

huh, thanks to god. finally kami dah baik. tapi dia still bahan aku dengan m****p. weh, tolonglah. sumpah aku tak nak dia. diulang.. TAKNAK!! asallah kau still bahan aku dengan dia? gang-gang dia pun sama jer. -.- okay. dah tak mahu cerita pasal benda tuh dah. end of story......................................

btw, besok *actually hari nih. aku dah nak balik sekolah dah. sepatutnya balik awal pagi sebab ada training basket. tapi, tak dapatlah sebab ramai form 2 yang tak pergi. cuak pulak kalau aku sorang-sorang form 2 dekat sana nanti. so, aku balik besok macam biasa. sama ada pukul 3 atau 4. well, sebenarnya aku malas nak balik sekolah. tell me, siapa jer yang rajin? cuba angkat tangan? ha, tengok. tak ada siapa pun yang angkat. haha. aku dah start merepek. okay, jangan layan aku. bye!~
korang nampak tak benda dekat sidebar blog aku yang atas sekali tuh? kalau nampak, cuba click. terima kasih.. :D





thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Monday, February 6, 2012

Senior and Junior..



first of all yang aku nak cakap, post kali ni tiada kena-mengena dengan senior-senior and junior-junior di SMSS. ianya berkaitan dengan senior-senior dan junior-junior di SMKBSB dan SKBSB :)

ha, dah baca atas tuh? okay. so, aku harap tiada pelajar-pelajar di SMSS terasa dengan post aku kali nih. kita watlek, watpeace sudah. ^_^v

actually, tadi aku berblog-walking, baca blog-blog ex-junior aku. haha. sumpah kelakar weh. nak tahu kenapa aku kata macam tuh? sebabnya, kebanyakan post diorang cakap pasal tak puas hati bila ada junior diorang copycat template, header and url blog diorang. alah, benda kecik pun nak kecoh. memanglah, siapa tak marah bila ada orang sesedap hati, sesedap rasa nok copycat semua hasil kerja kitakan? tapi, cara korang kutuk-kutuk perli-perli dia dalam blog and fb tuh, macam tak ada kesan pun. lebih baik korang semuka dengan dia, tanya. "kenapa adik buat macam tuh? kalau adik tak faham apa-apa pasal blog, adik boleh minta kitorang ajarkan," ha, kan manis tuh. kalau kes dia minta tolong tapi tak bagi apa-apa bayaran pulak, cubalah mintak lembut-lembut. aduh korang nih, benda kecik pun tak boleh nak settle. korang tak tahu masalah senior and junior dekat sekolah aku lagi besar. tapi kitorang still hidup happy as one family.. tak percaya? tak percaya sudah! andandand kepada mana-mana ex-junior aku yang dapat masuk asrama or mrsm tuh, jangan sia-siakan peluang tuh okay? memanglah first-first tuh kena buli. tapi percayalah, nanti korang pulak yang akan membuli. buli-membuli tuh memang adatlah. percayalah, bila korang dah besar nanti, mesti kenangan kena buli tuh membuatkan korang lebih dewasa dari korang yang sekarang ;D okay, aku dah mula merepek-repek. bye!~






thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Sunday, February 5, 2012

mixed feeling.. :/



aku tak tahu kenapa, sekarang nih aku rasa macam nak menangis jer.. since semalam lagi aku rasa macam tuh. semalam sebab Yani. dia cakap something dekat aku yang buat aku rasa bersalah sangat.. weh, sumpah aku tak mintak pun dia buat semua tuh. sorry sangat-sangat. kalau aku tahu kau still suka dia, aku tak cerita apa-apa pun :( tadi pulak, 'ter'install old facebook sidebar chat. sumpah menyesal. aku nak new sidebar chat balik!! huhu.. lepastuh masalah dengan kawan stil bersimpul-simpul lagi. aduh. pening-pening. nak menangis, teringat azam 2012 aku yang tak nak nangis tuh. tapi, entahlah. aku admit, memang menangis adalah salah satu cara kita release tension. tapi itulah. orang selalu salah anggap. lagi-lagi boys. bila perempuan menangis jer, dia fikir perempuan lemah. padahal dia tak faham apa yang peremuan tuh rasa. ARRGGGHHH!!! sumpah rasa macam nak menjerit sekarang. i need someone shoulder to cry on :'( erggh, tolonglah. dah tak tertanggung perasaan nih. maybe selama ni semua kawan aku tengok aku macam okay-okay jer. tapi dalam hati nih. aku dengan Allah saja tahu...










thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Saturday, February 4, 2012

the purple theme :D




hello fellas~ perasan tak apa-apa perubahan dekat blog ni? yeah, the background and header actually. saja tukar tema warna purple. sebenarnya pun aku memang suka warna purple. bukannya pink macam sebelum nih. tapi tak tahu kenapa edit blog guna theme pink colour. haha. okay, so macam mana? much better? ohh yang pink dulu lagi lawa? i though this one much better. kalau tak suka, bagi tahu. xD

thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Happy Birthday Girlfriend~ :D



Happy Birthday Girlfriend!! aku doakan semoga kau panjang umur and murah rezeki. entry kali ni khas untuk kau sorang je ;D sorry aku tak dapat wish depan-depan. just dapat wish melalui fb dengan blog je. nak call kau, aku tak ada kredit. pasal basket tuh, congrat ek? aku tahu kau memang layak and patut dapat.. aku jugak nak ucapkan congrats sebab dah pakai tudung :) kau nampak manis sangat...

For You...

*keep smiling because you're fully dressed with it :)
*main basket elok-elok. bagi SMSS menang HKSBP okay?
*8A PMR next year. Amin...
*hope kau always bahagia dengan orang tersayang.
*thanks for being such a good friend for me...
*belajar rajin-rajin Girlfriend.. 

LOVE YOU ATIKA NABILA! :*




thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)