MY STATUS!
Saya Mendoakan Pendekar Menjadi Johan Acara Kawad dan Johan Keseluruhan untuk Sukan Tahunan SMSS pada Tahun Ini. Amin..
It's All About F15Teen :D: 2012
Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 10, 2012

for you:)





no more pictures of you. no more memories of you. start to forget you. hope i can. pray for me :')

thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Sunday, August 5, 2012

pijiy -,-


-> nama penuh afiq hafizi bin abd ghani
-> kerja dia menyakitkan hati aku. tak kiralah dekat sekolah atau rumah
-> tiba-tiba baik hati kejut aku sahur and subuh pagi tadi >.<
-> bajet ustaz je..
-> suka buat lawak tak berapa nak lawak (lawak bodoh)
-> Panglimarians, runner (lari laju woo..) *terpuji*
-> pendek, sepet haha
-> gempak rugby *terpujilagi*
-> nakal. SANGAT nakal!
-> apa lagi? entahlah..






thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

happy? maybe..


minggu ni minggu paling memenatkan i guess. aku rasa macam langsung tak ada masa nak rehat, nak tidur and so whatever. dengan ada tetamu datang everyday untuk berbuka puasa dengan kitorang, dengan kelas tambahan setiap petang. memang mencabar.. penat tak terkata. tapi harap-harap dapat result gempak UPS 2. revenge balik masa PPT hari tu. harap sangat dapat sekurang-kurangnya 6A 2B. math makin lama aku rasa makin senang. yeah, bila dah faham, senanglah jawabnya. cuba masa tak faham dulu, berputar otak nak jawab. tapi, kali ni exam math tak boleh guna  calculator. haiyyo, susahlah macam ni. dzafran ahri tu siap sorokkan calculator aku. dia kata nak latih aku tak guna calculator sampai PMR. kepala hotak dia. dia ingat otak aku macam otak dia? tapi harap sangat dapat jawab math. now, cuak dengan sejarah, agama and science. paling cuak sejarah lah. aku dah try baca bab 5 tapi susah gila nak masuk otak. bab 6 pun sama je. bab 1-4 aku rasa memories dah hilang dah lepas PPT hari tu. kenalah buat revision balik. malas gila. doakan je lah aku boleh jawab exam elok-elok (Y)

saya mendoakan Aina Nadhrah Binti Mohd Zaid dapat menjawab periksa dengan baik. Amin.. 8A dalam tangan!




thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Sunday, July 29, 2012

a TOUGH TOUGH week for me :'D


guys, minggu ni sumpah mencabar. banyak sangat benda berlaku. haih, sabar je lah. first, masa hari ahad balik tu, aku, adlina, ain, echa, yani, syarah, azwa, and lain-lain pergi bazaar depan sekolah. yeah, masa tu best. yang tak bestnya, masa balik tu. dapat tahu siapa tablemate untuk berbuka. haih, memang nak menangis mula-mula tengok siapa tablemate. balik-balik dorm aku terus mengamuk. dina yang kena layan emo aku. tapi bila tengok meja dejat DM, terus tak jadi nak marah. yelah, belah kanan meja yaya, fatihah, azwa. memang semuanya geng jaya last year. belah kiri pulak ika, syeira, erin, nani. so, not badlah kan? redha je lah..then, hari isnin okay lagi. masuk hari selasa, hariku dah mula serabut. JIWA KACAU weh!! kenapa? adalah.. yang penting dalam kes ni aku kena fitnah. aku tak salah okay? patutlah tiba-tiba ada 'orang' tu beria tegur aku masa nak beli air untuk buka and lepas prep. rupa-rupanya 'makan dalam'.. yang bestnya, hari rabu dengan khamis memang pedas habislah aku kena perli kan? nasib baik adlina, yani, ain, echa, wan, erin, mira, syeira dengan latifah faham situation aku. sakit hati weh. sakiiiit sangat. diorang tu memang tak sedar diri ek? hari jumaat pulak dapat bad news pasal AN. memang balik tu aku tension habis. nasib baik jumaat malam tu, I text aku. aku pun apa lagi, memang lepas semua benda dekat dia. wtf, go die semua keluar. mamposlah! sakit hati okay!! nasib baik kau pujuk suruh aku maafkan korang. mula-mula tu memang tak nak tapi... aku maafkan je lah. tapi tak semua okay. still ada yang aku tak maafkan. sorrylah. aku memang bengan habis pasal benda tu. kepercayaan aku dekat kau pun dah 8% je -,- mas tengah text dengan I, tiba-tiba fara hantar text mintak maaf. ya allah, masa tu memang aku nangis teruk gila. weh, aku terharu sangat!! tak sangka kau sudi nak mintak maaf dekat aku. sedangkan aku sendiri pun takut nak mintak maaf. thanks fara. aku sayang kau sangat :') semalam pulak chat dengan AN. tanya dia everything pasal apa yang aku tahu hari jumaat hari tu. then dia kata semua benda tu tak betul. alhamdulillah.. dia pun okay je dengan aku. alhamdulillah. now, masalah aku dah tak ada. tapi still cuak dengan bad news tu. harap-harap tak ada apa jadi. amin...

*sorry kalau post kali ni agak berbelit dan sakai -,-




the moment bila aku suruh kau kirim salam dekat awek kau. then, kau cakap 'aina, ada orang kirim salam' :'D


thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Saturday, July 21, 2012

Awak :)


hey, tadi baca blog syarah and dapat idea nak post pasal Azim :) 

hey, thanks datang dalam hidup aku. aku tahu kau jujur but slowly okay? lama-lama okaylah tu. kau patah bahu teruk gila. sekarang tengah operate. hope okay je. nothing bad. H sayang kau. *wootwoot* untunglah ada orang sayang.. btw, cepat balik. everyone dah rindu kau. lagi-lagi pudin, pidut, syed, eddy. diorang kata kelas hambar kau tak ada. pudin rindu nak tengok kau tidur dekat belakang kelas. pidut rindu nak c*** kau. and usaha rindu dengar bising kau. haha. apa-apa pun, cepat sembuh okay? :D




thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Many Things Happen :)


hye :) lama gila tak update blog sebab asyik kena balik kampung je. tak sempat langsung nak update apa-apa. lagipun ada 'orang' ni suruh aku update. so, aku buat je lah.. till now, dah macam-macam benda berlaku sepanjang July ni. pahit, manis, masam, masin, semua ada. so let me, story one by one ;)

sukan tahunan  - yeah, Pendekar dapat no 4. tapi aku tak pernah regret dan tak akan regret jadi dekarians. biar apa orang nak kata, aku tetap Pendekar sejati. congrats to Pahlawan yang jadi juara keseluruhan tahun ni. Olahragawan, Mirza dan Olahragawati, Kak Hamizah :D

problem - memang pernah stoplah pulakkan masalah ni? tapi aku tak pernah kisah. selagi aku ada adlina, wan, echa, ain, yani and erin, aku akan tempuh semua masalah dengan redha (ayat skema) :')

streaming - okay, aku turun kelas. masuk Jaya. first memang sedih. tapi dah dua minggu dekat kelas tu, its not bad. best apa. tak pernah tak ketawa dalam satu hari. tapi masalahnya aku terpaksa berpisah dengan adlina. dia masuk usaha :(

1M1S1M  - bestlah jugak. buat senam robik satu malaysia. kitorang menari, vaining and etch. best sebab tak belajar masa pertama. haha xD

tu je kot. maybe banyak lagi tapi aku tak ingatlah sebab banyak sangat. lastly, Selamat Berpuasa kepada semua umat muslimin dan muslimat yang ada di muka bumi Allah ini. semoga bulan Ramadhan tahun ini menjadikan kita hamba yang lebih taat dari sebelumnya. Amin.. :)




thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Saturday, June 23, 2012

Kawad :D


sukan tahunan dah nak dekat. lagi dua minggu je dan aku tak sabar! memandangkan aku bukanlah runner atau sprinter yang layak untuk menyertai mana-mana acara, aku masuk kawad rumah je lah. best! its better than kawad KRS. kalau kawad KRS, balik-balik aku mesti nangis. tapi tak kawad rumah. balik-balik mesti ketawa. haha. dah lah yang train kitorang kak dania, kak elly, kak asma, kak zaty. memang tak tension lah. setiap petang, akulah yang paling mangat jerit kanan kiri kanan kiri. haha. sumpah tak tension langsung. hari tu kak elly ada cerita something *tak nak cerita dekat sini bila dengar cerita tu, sumpah aku terus semangat nak bagi deka menang kawad tahun ni. yeah!

saya mendoakan Pendekar johan kawad dan johan keseluruhan untuk Sukan Tahunan SMSS pada tahun ini. amin.. :D


thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

June was the 'sador' month ever.. :')


bulan ni sumpah mencabar. macam-macam benda yang tak dijangkakan berlaku. adlina tahu. penat weh. minggu ni jangan cakaplah. satu perkara yang langsung tak pernah terlintas dalam kepala otak aku berlaku. tak nak cerita dekat sini. sekarang ni aku macam dah jumpa jalan penyelesaian, tapi kau pulak tak balas text aku. great -,- btw, semua results dah dapat and its suck! sumpah merosot gila. padahal dah study habis baik dah. tak apalah. maybe Allah nak uji kot. tengoklah UPS 2 dengan PAT nanti. aku akan pastikan aku dapat capai tahap. amin.. 


thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Thursday, June 7, 2012

Dear my lovely batchmates.. ♥

*credits to Syahira that tell me about this app :3


dear my batchmates..
aku rindu korang sangat-sangat! just can't wait till this Sunday come! i miss every single thing that happen in SMSS. i really mean it. aku rindu nak kongsi cerita dengan adlina dan izzah. rindu nak kena hambar dengan yani. rindu nak dengar yaya nyanyi lagu anak kampung dekat 1.4. rindu nak gaduh dengan syakir. rindu nak karok dengan zarul. rindu nak gossip dengan ain. rindu nak nangis dekat dina. rindu nak carik pasal dengan orang. rindu nak makan nasi goreng ayam kantin. rindu masakan dm. rindu nak makan dalam kelas. rindu nak pergi prep malam then buat bising. rindu nak kacau orang lain belajar. rindu nak mengamuk sama-sama dengan batchmate sebab asyik dapat duty toilet -,-. rindu nak kena marah dengan prefect sebab buat bising masa perhimpunan isnin. rindu itu.. rindu ini.. aku rindu everything dekat SMSS. ya allah, cepatlah hari ahad. saya rindu girlfriends dan boyfriends saya.. :3

*yaya, sorry kalau post kali ni sama macam post kau. i'm feeling the same way as you are :l









thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Capital I, H and S :)



korang :) thanks made my holiday. i appreciate it. sangat!

untuk I,
sorry dah jarang chat. aku sekarang dah jarang on guna lappylah. ni pun guna sebab nak update blog. weh, comel gila masa kau panggil aku 'awak'. haha. never forget about it! btw, aku doakan kau happy dengan 'dia'. sorry sebab selalu kena layan bebelan aku. and thanks jugak sebab jadi seorang yang sangat memahami. jangan lupa belajar.  take the remote and turn to channel 605 a.k.a. 602. HAHA

untuk H,
weh, tak payah selalu mintak maaf sangatlah sebab tak text aku. aku tak kisahlah. btw, jangan lupa keychain aku! kau dah janji kan? haha just jokinglah, tak bagi pun aku tak heran..

untuk S,
thanks for those advice yang kau bagi dekat aku. insya'allah aku praktikkan. hey, sorry tak boleh accept kau. aku heartless doh cuti ni. *cuti ni je kot. naik sekolah tak tahu apa jadi kalau jumpa H.I.Q. xD aku doakan kau jumpa someone better than me okay? ;D

thank you guys :')








thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Sunday, June 3, 2012

What A Tiring Day..


semalam keluar pergi zoo negara dengan mid valley. weh, aku sanggup pergi zoo semata-mata nak siapkan scrapbook science. teacher mazlita, sila hargai usaha saya :'D penat gila. kaki melecet sebab non-stop berjalan hampir 5 jam! sampai rumah je, terus rebah atas katil. dah tak fikir apa dah.. tapi sebelum peri zoo, aku pergi kenduri kahwin jiran aku. mula-mula tu, ayah cakap alamat dia. well, aku buat bodoh je sebab aku tak tahu tu rumah siapa. tapi bila dah sampai rumah tu.. "weh! tu rumah crush aku masa darjah 6!" haha. masa sampai tu memang mata aku melilau cari dia. tapi tak jumpa. tapi bila dah nak balik tu nampaklah pulak dia baru nak keluar rumah. okay, dia makin gemuk -,- try senyum dekat dia tapi malu. dah dua tahun tak jumpa weh. memanglah.. masa dekat kenduri tu, jumpa ramai kawan yang memang dah lama aku tak jumpa. hehe, ramai kata saya makin kurus. woot! woot! lepas parents aku dah salam parents dia, kitorang terus bergerak. sedih lorh, tak dapat cakap dengan dia lansung. btw, nama dia Akmal :D

tadi baca blog adlina amirah, tablemate saya :3 dia cakap pasal abang dia yang dapat further study dekar uitm shah alam. untunglah dekat je dengan rumah sendiri.. well, rindu dekat adlina sangat-sangat! dah lama tak gossip dengan dia.. :( weh, balik sekolah nanti jangan lupa tuntut gossip dari aku tau! banyak cerita panas. haha.








thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Saturday, June 2, 2012

What Is Your Japanese Name?



mine is KAKITOKA TOKATERISHIKARI. so, how about you? :D






thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Friday, June 1, 2012

Hello June! :D


june already! haih, cepatnya masa berlalu. dah nak dekat separuh bulan dah aku harungi 2012. pahit, manis. semuanya ada. azam masa awal tahun dulu pun ada yang masih belum terlaksana.. okay, bila cakap pasal azam, rasa macam nak gelak pulak bila baca balik azam aku tahun ni. nak jadi senior yang baik konon. haha, haprak! tak ada. tapi aku pun tak adalah jahat sangat dengan junior aku. maybe ego je..

dear june, 
please be kind to me. make more memories. SWEET memories.. don't make me cry over again okay. i'm tired of crying because of someone that don't ever care about me. just let me be happy with my friends.. :)








thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Thursday, May 31, 2012

Hari Guru.. :D


okay, aku tahu dah lambat sangat kalau nak post pasal hari guru tapi.. blog aku. suka hati akulah nak post apa pun! LOL

tahun ni, hari guru sekolah menengah sains selangor diadakan pada 23 May 2012 iaitu di Dewan Wawasan Sekolah Menengah Sains Selangor. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut

*nyanyian lagu selamat hari guru..*ucapan daripada wakil pelajar..*ucapan daripada pengetua..*persembahan daripada Eminent..*slide show guru-guru..*penyampaian hadiah..*persemabahan flash mob oleh The Renaissance..*persembahan tarian oleh Citrawarna..*persembahan tarian oleh Eminent..*sukaneka Eminent v.s. Cikgu*majlis makan-makan untuk para guru..
disini, saya ingin menunjukkan beberapa gambar..

*tengok mereka.. 

 *itualah papa saya! dont be jelly..
*Eminent lawan cikgu untuk pertandingan futsal..

 *Kak Adrina, the host of the day.. 
(gambar-gambar ni pun saya curi dari album dia. sorry kak!)
*persembahan flash mob dari The Renaissance..

dah tengok? baiklah, sekian saja daripada saya. semoga bertemu lagi di lain post. Assalammu'alaikum..







thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Tuesday, May 29, 2012

hey friends..


#first, nak cakap selamat bergembiralah kepada mereka-mereka yang berjaya mendapatkan kebenaran daripada ibubapa masaing-masing untuk keluar ke Sunway Pyramid *skema much huh?*

#sorrylah, dalam masa 5 hari bercuti ni, baru sekali aku update. sebabnya, internet rumah rosak! baru petang tadi elok -,-

#tadi online, dia hantar mesej dekat aku, dia kata dia hilang nombor aku. then, bila aku bagi, terus dia text. wow! cepat betul..

#baru lima hari cuti, tapi rasa bosan nak mati. dah lah tak dapat keluar dengan kawan langsung!

#boleh tak cuti dua minggu ni dipendekkan jadi seminggu je. untunglah budak rugby yang cuti tak sampai seminggu pun.. *erkk, untung ke?*

#homework tak sentuh, LANGSUNG! sebabnya? semua homework tertinggal dekat sekolah. hebat kan aku? tu lah hari jumaat hari tu tahu nak happy je..

#baru dapat berita yang Syarah dengan Ellyn nak pergi umrah. Ellyn tu aku memang tahu, tapi Syarah aku tak tahu langsung! tadi baru tahu..


#hey sayang, jaga diri baik-baik tau dekat sana! jangan lupa doakan kejayaan batch 1115 untuk PMR dan SPM. doakan jugak kejayaan kitorang di dunia dan di akhirat.. :*





thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Friday, May 25, 2012

its holiday babeh ;D


hey, cuti dua minggu datang lagi! tapi yang sh*tnya, dapat homework menimbun-nimbun. pagi tadi, masuk kelas pukul 8:15 sebab kena kosongkan loker. then, sampai kelas je, terus dapat result geo yang macam -____- lepastu, tiba-tiba cikgu putri datang bawak mai homework bm. nak tahu apa? kitorang kena buat karangan daripada soalan PPT hari tu. kena buat mana-mana karangan yang kitorang tak buat masa exam. sumpah sakai! lepas tu, bergilir-gilirlah para guru menghantar homework dekat kelas. haih, tension betul. kata je cuti, tapi homework banyak macam pfft -,- thankslah cikgu-cikgu sekalian. kepada semua warga 1115 sekolah menengah sains selangor, selamat bercuti dan selamat menyiapkan segala homework. tatatititutu. :*


thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)