MY STATUS!
Saya Mendoakan Pendekar Menjadi Johan Acara Kawad dan Johan Keseluruhan untuk Sukan Tahunan SMSS pada Tahun Ini. Amin..
It's All About F15Teen :D: saya dah nak balik... :)

Tuesday, February 7, 2012

saya dah nak balik... :)



well, kejap lagi aku dah nak balik sekolah dah. mesti aku akan rindu blog kesayangan nih. haih, macam ni lah kehidupan pelajar asrama. sebenarnya aku tengah speechless  nih. tapi tangan nih gatal jugak nak post something before aku balik. so, aku nak cerita pasal semalam.

semalam aku pergi bukit fraser. salah satu pusat pelancongan tanah tinggi yang terdapat di Pahang. *eceh,ceh. keluar fakta geo aku xD nak kata sejuk tuh, sejuklah jugak. tapi tak sesejuk cameron. semalam tak ramai orang. so, nak jalan pun tak sesak sangat. tahu jelahkan. kalau nak naik bukit fraser kena lalu laluan berliku-liku. masa naik tuh, tak adalah pening mana. siap boleh bukak mata luas-luas tengok pemandangan sekeliling. tapi bila nak balik.. Masya'allah! pening nak mampus. tak tahan sampai aku rasa macam nak pengsan jer masa tuh. last-last, sampai jugak dekat bawah. masa tuh, aku rasa lega yang teramat. sampai bawah tuh dalam pukul 7:30. terus singgah masjid untuk solat maghrib. lepas solat kitorang singgah makan dekat restoran tomyam. lepas makan, apalagi, baliklah. sampai jer rumah, terus aku on laptop. kacau-kacau ain, sembang dengan yani. malam tadi tidur pukul 1:00 pagi. tuh kira okey lagi dari Yani. tidur pukul 3:00 pagi. entah-entah sekarang nih tak bangun pagi lagi. hahaha. tak sabar nak jumpa dia petang nih. bye!~


p/s: tiba-tiba teringin nak makan tutti frutti. ada siapa-siapa nak belikan untuk aku?


thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

No comments: