MY STATUS!
Saya Mendoakan Pendekar Menjadi Johan Acara Kawad dan Johan Keseluruhan untuk Sukan Tahunan SMSS pada Tahun Ini. Amin..
It's All About F15Teen :D: January 2012
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 28, 2012

back to school again... :D



hello fellas~ seperti yang diketahui (haha. aku rasa aku sorang je tahu..) hari ini saya akan pulang awal kerana ada latihan basket. yeppee~ dah seminggu kot tak main basket. rindu court, rindu bola, rindu shoot, rindu itu, rindu ini, rindu EVERYTHING!! *jangan tanya apa-apa. saya memang batak basket since standard 6 lagi. ;D but, kesian dekat adlina sebab dia tak dapat join kitorang traning basket hari ni and pagi besok.. dia injured.. alala girlfriend aku ni, injured pulak dia ek? aku doakan kau cepat baik okay? nanti kita main basket sama-sama lagi :) okeylah, harap-harap aku pun tak injured sekali lah.. hope everything gonna be okay..




thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Friday, January 27, 2012

I'm DONE!




okay, aku dah DONE buat semua benda. homework, packing, gosok baju and so on... so sekarang ni dah tak tahu nak buat apa? ada siapa-siapa nak bagi cadangan? ataupun nak ajak aku hang out ke? aku on je.. sebab sekarang nih pun aku tengah bosan tahap gaban ni..

----------------------------------------------------------------------------

actually rugi gila tak on malam tadi. nak tahu kenapa??? sebabnya malam tadi kecoh dengan kes izzah form 1. alolo~ dah elok-elok izzah form 4 and form 2 baik, alih-alih izzah form 1 perangai macam asdfghjkl lah pulok! haih, tak tahulah pulak kalau masa 1115 last year pun teruk macam tuh.. even kitaorang banyak buat hal jugak, tapi itupun akhir tahun kott. ini awal-awal tahun lagi dah carik pasal.. fine, aku tak mahu masuk campur. well, aku pun masih junior lagi. tak mahu carik pasal ;) 






thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Thursday, January 26, 2012

Contest The MOST Fabulous Blog by Miss Lovouis


http://lovoiustory.blogspot.com/

okaylah, pada petang yang indah ni, aku saja-saja nak join satu contest ni. nak tahu contest apa? tengoklah dekat banner atas ni.. nak join? click je dekat link atas tuh. jom kita join ramai-ramai. due date dia pun lama lagi.. harap-harap dapat menang. saguhati pun tak apalah. tak pernah menang mana-mana GA atau contest :)








thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

my new brother :D


*spongebob nih comel kan? macam saya kan? LOL

hewhewhew. kita ada abang barulah awak. haha. kelakar pulak bila kata ada abang baru. padahal dia form 1. kenapa aku cakap macam tu? tengok bawah nih..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*click gambar untuk tumbesaran :))

LOL. dah baca? pelikkan? rasa nak sekeh si isyraf ni pun ada jugak. sesedap hati je suruh aku panggil dia abang. entah bila masa dia daftar dekat Pejabat Pendaftaran Negara sebagai abang aku pun tarak tahu. haha. tapi dia ni friendly. okay jugaklah layan otak gila dia ni. andandand... dia kawan baik Izudin!! haha. okay. please stop talking about form 1. bak kata hazim syakir..

"aina, kau ni tak habis-habis usha form 1. ushalah batchmate sendiri. ramai jugak yang hensem ;)"

haha. lawak. batchmate aku ramai yang hensem? bolehlah... not bad. okay, aku dah merapu ni..




thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

one direction ♥♥♥




*mereka-mereka tersangatlah COMEL!!~

hello fellas~ okay, aku tak tahu kenapa tiba-tiba je addicted gila-gila dengan One Direction! lagi-lagi lagu one thing and what make you beautiful. ni semua sebab ika lah nih. dia nyanyi lagu one thing depan dorm aku. terus aku 'ter'sangap lagu tu. haha. but betul aku cakap, semua lagu-lagu One Direction best-best belaka~ nak dengar? click je SINI dan SINI :) trylah dengar. confirm korang pun boleh jadi peminat tegar One Direction. okaylah, daah tak tahu nak tulis apa. bye~

p/s: kalau korang bukak blog ni pun boleh terus dengar lagu what make you beautiful ;D









thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Wednesday, January 25, 2012

timeline... -,-



alolo~ dengar cerita, facebook akan menukar semua profile kepada timeline. betulke? itupun aku baca dekat Ben Ashaarilah.. tak tahu betulke tidak? tapi tengok dekat profile aku, elok je macam dulu lagi. tapikan, aku rasa macam leceh je guna timeline. tapi tak tahulah kalau ada banyak kebaikan disebalik timeline nih.. harap-harapnya cenggitulah.. 






thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

#30ThingsAboutMe



haha. ignore jer gambar dekat atas tuh. tak ada kena-mengena pun...

#30ThingsAboutMe

1.tangan cepat berpeluh walaupun baru lima minit menulis. sekarang pun still berpeluh lagi..
2.dekat sekolah, makan berakfast je pun boleh tahan sampai supper. dekat rumah, hampeh. tiap-tiap masa mengunyah
3.cepat mengantuk...
4.suka sangat observe orang..
5.tersangatlah suka math, walaupun pernah jugak tertidur masa kelas math..
6.suka dengar masalah orang, tapi lepas tu tak tahu nak pujuk balik macam mana..
7.benci apa-apa yang mengenai fakta. terutamanya SEJARAH!!
8.mesti peluk something before tidur. kalau tak, tak boleh tidur
9.bersekolah di SEKOLAH MENENGAH SAINS SELANGOR :))
10.bahasa antarabangsa saya Arab :)
11. mempunyai seorang adik lelaki yang sangat annoying. tapi dia jugaklah yang saya sayang :))
12.bila tengok gambar perempuan, satu je yang aku pandang... "perfectlah tudung dia. macam mana dia buat ek?"
13.tak pernah couple
14.saya suka warna purple, hijau muda dan hitam ;)
15.seorang yang sangat tak suka dipaksa. diulang SANGAT TAK SUKA!!
16.alah tempat sejuk. tak caya? cuba try aku bawak pergi cameron. confirm pipi aku jadi warna merah..
17.seorang yang SANGAT sensitif..
18.mudah menangis..
19.tersangat suka nombor 11 dan 15 :D
20.bangun pagi, golek-golek dulu atas katil, baru pergi mandi x)
21.saya ni pemalas... ;)
22.suka sangat feeling lebih-lebih bila dengar lagu sedih..
23.umur saya 14 tahun 14 hari.. :D
24.suka berangan benda yang pelik-pelik before tidur..
25.masih minat tengok cerita kartun dari dulu sampai sekarang..
26.cepat sangat percaya cakap orang..
27.tersangat BENCI Bieber! <---belieber, jangan marah..
28.minat korea gila-gila!!
29.classmates saya panggil saya Mok;)
30. 30 is not enough for me to describe my self :)

so, how about you? :)




thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Tuesday, January 24, 2012

just smiling :))))



hehehe.. tadikantadikantadikan, ada orang tu tanya saya, saya sihat ke tak. :> memang saya tunggu sangat dia text tanya pasal benda tu. saja nak ngengada ;p dia suruh saya pergi klinik bila tahu saya nak demam, tapi saya mana suka pergi klinik, makan ubat, jumpa doktor semua nih. lepastu dia cakap.. "haih, susahlah aku macam ni?" thenthen, saya tanya balik "apa yang susahnya?" nak tahu dia cakap apa??? haha, let just both of us tahu.. ni, kalau dia baca entry nih, memey malu habislah! harap-harap dia tak jumpa and tak tahu pun aku ada blog. okay, dah stop merepeking! sambung buat homework.. bye~




thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

2011, please comeback.. :(



2011.. tolonglah datang balik!! aku rindu kau nih! aduh, kalaulah masa dapat diputar-putar, memang aku taknak tukar tahun dah.. biarlah 2011 je sampai aku form 5. bila dah form 5 baru start 2012. tapi mana boleh macam tu kan? aduh, merepek sungguh otak aku pepagi buta nih.. tapi memang tahun 2011 antara tahun terbaik aku selain 2008. pasal tahun 2008 tu, biar aku je tahu.. tapi pasal 2011, biarlah semua orang tahu kenapa aku tersangatlah sayang tahun tu. sebabnya... aku form 1!! jadi form 1 lah zaman terbaik kalau nak tahu.. even, last year banyak kali gaduh dengan kawan-kawan, tapi tulah lumrah berkawan. kalau tak gaduh mana bestkan? mana kita nak tahu perangai sebenar seseorang tu. aku kenal perangai kawan-kawan aku pun dari gaduh. masa tu, barulah kita tahu sebenarnya perangai dia macam tu - macam ni.. *okay saya dah mula merepek.. selain tu, sekarang nih semua kawan-kawan rapat dah berpecah-pecah kelas. aku dengan adlina Budi. erin dengan yani Usaha. zakiah dengan ain Jaya. echa dengan wan Maju. setiap kelas ada dua orang dari kitorang. kalau nak lepak sama-sama just waktu rehat and lunch. untuk kitorang yang kuat gossip and merepek nih, 5 jam pun tak tentu cukup <--- teruk perangai.. dormate pun dah tak sekecoh dulu. dulu 3-2. jauh dari rumah warden. buat bising or melalak macam orang gila pun tak apa. dormate semua sporting habislah! kak thaqifah, kak t-ra, kak miera and lain-lain. semuanya sama-sama gila macam aku. kadang-kadang merepek pasal nak letak hometheaterlah dekat dorm. nak letak itulah-inilah. lepastu gelak ramai-ramai bila tahu benda tu tak masuk akal. lagidanlagi, aku rindu masa bulan ramadhan. satu dorm ambil kesempatan keluar sekolah, pergi bazaar depan sekolah then beli macam-macam untuk dormate.. memang bestlah! masa tu, keluar pergi bazaar depan sekolah pun rasa seronok asalkan dapat keluar sekolah.. bila dah habis prep malam, semua berkumpul tengah dorm. bersiap-sedia nak makan  satay, ayam percik, potato cheese, dan macam-macam lagi. memang tidur lambatlah semua orang malam tuh.. tapi semuanya happy sebab perut dah kenyang. kalau makanan tak habis, pergila merayau satu 3rd floor bagi makanan dekat siapa-siapa yang nak. besoknya, bila nak bangun sahur, semu liat. dah tidur lambat, memang bolehlah pulakkan nak bangun sahur? tapi aku dah biasa puasa tak sahur.. so tak heran sangat.. tapi petang tuh jangan cakaplah. semuanya mengadu kelaparan. haha. memang sweet moments dengan dormates.. hm.. kalaulah dapat putarkan balik masa, memang aku buat betul-betul macam apa yang aku rancang. uwaa!! nak tahun 2011 balik..!

2012, saya harap sangat awak boleh jadi yang terbaik jugak macam 2008 dan 2011. okay? kalau boleh, saya nak sepanjang tahun 2011 ~ 2015 merupakan antara tahun yang paling bermakna :) please...




thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Monday, January 23, 2012

adlina oh adlina~


*wootwoot! siapa budak lawa nih? dialah classmate, tablemate, basketballmate, english set mate, bahasa arab mate saya.. jeles tak? ;p

okay, actually aku malu gila bila baca apa yang adlina tulis pasal aku. wahaha! most of it betul.. sorry lah ye kalau setiap kali aku boring kau terpaksa dengar suara aku yang bak buluh perindu nih xp. pasal kau membebel dekat aku tiap-tiap hari tu aku tak kisah.. kalau kau tak bebel dekat aku, siapa lagi? meja? kerusi? memang aku tempah wad 26 tingkat 3 Hospital Tanjung Rambutan lah nampaknya. andand aku pandai? waduh-waduh, yang no 10 tu pun nasib je.. kalau tak, nak duduk sebelah kau dalam kelas 2Budi pun tak tentu layak weh.. andandandand... ILOVEYOUTOO!!~





thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

3rd week~ :)



okay, minggu ketiga tak teruk sangat. cuma TENSION!! mana tak tension? dengan peraturan baru yang macam tah pape (kan saya dah rempit), dengan kerja sekolah yang kalau boleh nak lebih tinggi dari gunung everest. memang tensionlah. 

pasal peraturan baru. ada ke training basket sampai pukul 6:00 je? mana cukup 1 jam! kalau ada tournament macam mana? nasib baik sabtu ni kak felly dengan kak hamizah call coach ajak train kitorang. aku tak kisah walaupun kena balik awal. dah sayang basket, nak buat macam mana? 
lagi satu, kena turun ground floor tepat pukul 6:30 petang untuk solat maghrib berjemaah. weh, memang bolehlah pulakkan semua orang nak turun tepat pukul 6:30 ramai-ramai? boleh tu boleh, tapi kalau dah semua nak mandi pada waktu yang sama, memey sempat lah pulakkan? kalau air laju macam air terjun dekat Batu Karang tak apalah jugak. ini, nak tadah air lagi, nak tunggu giliran after toilet lagi. aduh... harap-harapnya makin lama, aku makin boleh biasakan diri. dah nama pun Sekolah Berprestasi Tinggi, disiplin pelajar pun kenalah tinggi kan? sabar je lah...

homework. memang tak reti-reti nak habis! cuti sekolah ni pun ada homework. nama je cuti, tapi homework tetap menimbun-nimbun. haish.. tak apa aina, nak dapat 8A, kenalah berkorban kan? bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. *eceh, aku dah berfalsafah lah pulak! x) pasal homework yang menimbun-nimbun tu, aku akan cuba habiskan paling lewat hari rabu. hari khamis aku nak rehat, hari jumaat pulak nak packing barang. hari sabtu, BALIK!! untunglah yang bukan basketballers, dapat cuti lagi sampai hari ahad. tak apa, demi Sparks, aku sanggup! doakan kejayaan Sparks dalam HKSBP ya? ;*




thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

the second week~



okay, actually second week merupakan antara minggu TERTERUK aku di smss.. kenapa?? sebabnya aku gaduh 'gilateruk' dengan budak boys. memang rasa nak menangis jugaklah time tu. tapi dalam hati nih terfikir azam aku tahun nih. tak mahu dah nangis-nangis macam budak kecik. akukan dah besar.. so, aku teruskan jelah tersenyum walaupun macam-macam budak boys buat dekat aku. apa yang 'macam-macam' tu? biar aku dengan diorang je tahu. sakit hati kalau nak diceritakan balik. back to the story.. memey masa tu rasa macam nak baling kasut sekolah aku pun ada jugak. walaupun heel tak tinggi mana, sekali kena, meraung woo! nasib baik iman aku kuat lagi. kalau tak memang hari isnin tu diorang datang dengan kepala jendul a.k.a. benjol! tapi last-last kitorang baik jugaklah. pagi isnin tu 'dia' datang dekat aku mintak maaf. mula-mula tu memang tak nak maafkan tapi dah sampai berkali-kali dia mintak maaf hari tuh, aku pun maafkanlah.. finally, kami pun berbaik dan berkawan macam dulu balik..


thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Saturday, January 21, 2012

my birthday~







tepat tarikh 11 January 2012, genaplah umur aku 14 tahun.. masa tu hari rabu. mula-mula tu macam tak percaya jugak. bangun-bangun pagi tetiba teringat 'wah, hari nih saya dah 14 tahun lah!!' Atika Nabila was the first person that wish me:) thank you sangat-sangat girlfriend. about the chocolate, it was so delicious. love it much!! :* pagi tu mula-mula semua kawan-kawan rapat tak nak tegur aku. memang rasa nak nangis jugaklah. tapi masa pergi dekat kelas 2 Maju untuk pulangkan balik buku KH dekat Wan, terus satu kelas nyanyikan lagu bitrhday untuk aku. ketua dia of courselah Hajar. saya sayang awak Hajar :> lepas tu masuk kelas balik, tiba-tiba classmate pulak nyanyikan lagu birthday. how sweet~ masa nak ambik buku dekat locker, faizrul tegur aku then dia cakap ''haha Mok dah tua! happy birthday Mok!!'' LOL, mesti dia nak balas dendam sebab masa birthday dia aku cakap "Fazirul tua!" how ever, saya sangat appreciate ucapan dia tu. thanks ek Faizrul:) masa nak balik pulak, faizrul ajak satu geng dia, timun, azim, pudin, aqmal nyanyikan lagu birthday untuk aku. bangga sangat masa tu. thanks ek korang. ingat jugak korang birthday aku walaupun kita selalu gaduh. last but not least, Yani. thanks sebab bagi hadiah yang paling aku sayang sampai mati. kiss and hug. memey sweet sangat masa tuh. rasa macam taknak lepaskan pelukan pun ada...

p/s: for those who gave me the cards, thank you so much!! saya akan jaga kad tu baik-baik ;D






thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

first week of school~




first week of school were not bad at all.. jumpa junior baru 1216. tapikan-tapikan... perangai diorang macam !@#& nak kata semua tu tak adalah. tapi most of them menyakitkan hati! baru nak laksanakan azam untuk menjadi senior yang baik, terus terbantut bila tengok perangai diorang. ergh!! hey, juniors, can you all be kind to us! not just form 2 seniors. but also to the form 3, 4 and 5 seniors. janganlah sebab kena suruh sikit dah nak marah-marah? kalau tak nak disuruh, tak payahlah masuk asrama. aku masa form 1 pun selalu kena suruh. sekarang pun kena lagi. tapi anggap je lah tu satu pertolongan.. tak susah kan? hish korang nih..



thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

3 Jan..



3 January. kenapa dengan tarikh tu? tak ada apa-apa pun sebenarnya. cuma tarikh tu tarikh daftar masuk smss untuk sesi 2012. 

masa sampai sekolah, punyalah excited nak tahu dapat dorm mana. bila dah daftar, tahu-tahu dapat C 1-3. uwaa!! kenapa 1st floor? aku nak 2nd or 3rd floor. hambar weh 1st floor. sebabnya, semua geng-geng aku dekat 2nd and 3rd floor. kalau nak lepak-lepak or gossip sama-sama, boleh masa dekat sekolah jer.. sumpah sedih. tapika, bila dah lama-lama aku 'agak' okey jugaklah dengan dorm tuh. dekat, tak penat naik-turun tangga..


thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Monday, January 2, 2012

thanks 2011 for these sweet memories~





Alolo~ dah lama rasanya aku tak hapdet blog masyambusyuk nih.. rindu pulak rasanya #hehe menggedik sekejap. jealous tengok orang lain update pasal tahun baru, aku pun nak jugak!! tapi kali ni bukan nak update pasal sambutan tahun baru ke apa, cuma nak listkan kenangan-kenangan masa 2011. kenangan yang sangat berharga :') kalau pasal sambutan tahun baru, ada masa aku update di lain entry..

Orentasi
memang tipulah kalau aku kata orentasi tak best. masa nilah aku kenal ramai kawan baru. 

Sukan Tahunan
masa ni memanglah aku tak masuk apa-apa acara. tapi, best sangat sebab dapat jadi cheerleader tak bertauliah. bagi sokokngan dekat housemate yang masuk acara. alhamdullillah, pendekar dapat no.2

Bulan Ramadhan
memang macam-macam perangai ada. malas nak solat terawihlah, tak tahan puasalah, ngantuklah, penatlah. paling best sebab mangat nak solat terawih semata-mata sebab imam tu hensem. bila imam tu nak balik jer, semua sedih. haha x)

Sambutan Merdeka-Raya
masa nilah masing-masing posing maut depan camera. lepas tuh tengok lakonan form5 pasal kemerdekaan, dengar kak diba dan kak jas menyanyi.. memang syiok!

Sambutah Hari Raya
sambutan nih dekat dewan badminton.. yang pergi 1Budi dan 1Usaha jer.. banyak makanan. sedap! masa tu, semua perangai macam budak-budak. rebut belon, makanan, cendol, tiket Times Square. haha. memang best sangat masa tu. dah lah dapat keluar sekolah xp

Karnival Sukan
masa nilah masing-masing nak tunjuk terer main bola. huhu.. tapi aku kalah dalam basketball

Last Day School
masa ni sedih sangat. yelah, kena berpisah dengan classmate. masa nak balik tuh, timun dengan ikhlasnya mintak maaf kat aku. LOL. ikhlas sangatlah tuh. :p










thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)