MY STATUS!
Saya Mendoakan Pendekar Menjadi Johan Acara Kawad dan Johan Keseluruhan untuk Sukan Tahunan SMSS pada Tahun Ini. Amin..
It's All About F15Teen :D: December 2011

Friday, December 30, 2011

tahun baru, azam baru..



tahun baru, selalunya azam pun mesti baru kan? jadi, apa agaknya azam korang? azam aku ni hah..

1. dapat capai tahap minimum
yang ni, dapat sekali pun jadilah.. teringin sangat! jeles tengok asyik ras dengan hadrises jer yang dapat. aku pun nak jugak! doakan ya?

2. be a tough-hearted-girl
eh, eh. betul ke aku eja tu? ah, pedulikan.. kenapa nak jadi tough-hearted-girl sangat ni? ye lah, tahun ni, aku asyik menangis je. so, tahun depan tak ada lagi nangis-nangis. happy-happy je. kalau menangis pun bukan depan kawan-kawan.. biar aku je yang tahu..

3. simpan duit
tahun depan nak try simpan duit sikit. saja.. nanti bolehlah aku shopping dengan duit tuh. haha. jkjk.

4. belajar
tak mahu dah fikir sangat pasal lelaki (sekali-sekala tak mengapa xp)

5. aktif sukan
aku ni bukannya sprinter ke, runner ke, sporter ke.. tapi teringinlah jugak nak wakil sekolah. lagi-lagi dalam basketball. harap-harap dapat. amin..

6. senior yang baik
aku nak jadi senior yang baik. insyaallah.. untunglah junior tahun depan dapat senior yang baik macam aku ;p *silamuntah aku pun sebenarnya bukan reti nak layan junior ni.. betul!

7. jadi yang lebih baik :)
last but not least. semua orang pun mahu jadi yang 'terbaik' kan? aku tahu aku tak mampu nak jadi yang 'terbaik'. cukuplah dapat jadi yang lebih baik dari tahun nih. pun okeykan?




thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

kampung oh kampung~



okay, gambar di atas bukannya gambar kampung aku pun.. contoh je okay? actually besok nak balik kampung. bukan apa, barang nak balik asrama pun tak siap lagi. takut tak sempat pulak nak kemas hari ahad dengan isnin tuh.. so, di sini, aku mengisytiharkan bahawa aku TAKKAN online hari nih sampailah kerja packing-memacking barang asrama siap. harapnya dapatlah siapakan esok jugak. nanti tak pasal-pasal, cakap jer lebih. satu apa pun tak ada.. haha. 

*tengah sedih lagi pasal blog lama tuh... :(




thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

Thursday, December 29, 2011

sedih.. UWA!!



haih, memang sedih gila bila aku 'terdelete' blog sendiri!! mula-mula tu rasa nak nangis lah jugak.. tapi nak buat macam mana? siapa suruh tangan tu gatal-gatal dok tekan sana, tekan sini? adoyai~ pening kepala nak betul kan blog nih pun tak hilang lagi. tak banyak yang berubah.. cuma template je yang lain.. header tu pun nanti aku nak buat baru. yang lama tak boleh pakai.. :'( apa-apa pun, anggap je lah post dekat blog ni semuanya sambungan dari blog lama tu ye?

thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)