MY STATUS!
Saya Mendoakan Pendekar Menjadi Johan Acara Kawad dan Johan Keseluruhan untuk Sukan Tahunan SMSS pada Tahun Ini. Amin..
It's All About F15Teen :D: 3rd week~ :)
Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 23, 2012

3rd week~ :)



okay, minggu ketiga tak teruk sangat. cuma TENSION!! mana tak tension? dengan peraturan baru yang macam tah pape (kan saya dah rempit), dengan kerja sekolah yang kalau boleh nak lebih tinggi dari gunung everest. memang tensionlah. 

pasal peraturan baru. ada ke training basket sampai pukul 6:00 je? mana cukup 1 jam! kalau ada tournament macam mana? nasib baik sabtu ni kak felly dengan kak hamizah call coach ajak train kitorang. aku tak kisah walaupun kena balik awal. dah sayang basket, nak buat macam mana? 
lagi satu, kena turun ground floor tepat pukul 6:30 petang untuk solat maghrib berjemaah. weh, memang bolehlah pulakkan semua orang nak turun tepat pukul 6:30 ramai-ramai? boleh tu boleh, tapi kalau dah semua nak mandi pada waktu yang sama, memey sempat lah pulakkan? kalau air laju macam air terjun dekat Batu Karang tak apalah jugak. ini, nak tadah air lagi, nak tunggu giliran after toilet lagi. aduh... harap-harapnya makin lama, aku makin boleh biasakan diri. dah nama pun Sekolah Berprestasi Tinggi, disiplin pelajar pun kenalah tinggi kan? sabar je lah...

homework. memang tak reti-reti nak habis! cuti sekolah ni pun ada homework. nama je cuti, tapi homework tetap menimbun-nimbun. haish.. tak apa aina, nak dapat 8A, kenalah berkorban kan? bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. *eceh, aku dah berfalsafah lah pulak! x) pasal homework yang menimbun-nimbun tu, aku akan cuba habiskan paling lewat hari rabu. hari khamis aku nak rehat, hari jumaat pulak nak packing barang. hari sabtu, BALIK!! untunglah yang bukan basketballers, dapat cuti lagi sampai hari ahad. tak apa, demi Sparks, aku sanggup! doakan kejayaan Sparks dalam HKSBP ya? ;*




thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

No comments: