MY STATUS!
Saya Mendoakan Pendekar Menjadi Johan Acara Kawad dan Johan Keseluruhan untuk Sukan Tahunan SMSS pada Tahun Ini. Amin..
It's All About F15Teen :D: 2011, please comeback.. :(

Tuesday, January 24, 2012

2011, please comeback.. :(



2011.. tolonglah datang balik!! aku rindu kau nih! aduh, kalaulah masa dapat diputar-putar, memang aku taknak tukar tahun dah.. biarlah 2011 je sampai aku form 5. bila dah form 5 baru start 2012. tapi mana boleh macam tu kan? aduh, merepek sungguh otak aku pepagi buta nih.. tapi memang tahun 2011 antara tahun terbaik aku selain 2008. pasal tahun 2008 tu, biar aku je tahu.. tapi pasal 2011, biarlah semua orang tahu kenapa aku tersangatlah sayang tahun tu. sebabnya... aku form 1!! jadi form 1 lah zaman terbaik kalau nak tahu.. even, last year banyak kali gaduh dengan kawan-kawan, tapi tulah lumrah berkawan. kalau tak gaduh mana bestkan? mana kita nak tahu perangai sebenar seseorang tu. aku kenal perangai kawan-kawan aku pun dari gaduh. masa tu, barulah kita tahu sebenarnya perangai dia macam tu - macam ni.. *okay saya dah mula merepek.. selain tu, sekarang nih semua kawan-kawan rapat dah berpecah-pecah kelas. aku dengan adlina Budi. erin dengan yani Usaha. zakiah dengan ain Jaya. echa dengan wan Maju. setiap kelas ada dua orang dari kitorang. kalau nak lepak sama-sama just waktu rehat and lunch. untuk kitorang yang kuat gossip and merepek nih, 5 jam pun tak tentu cukup <--- teruk perangai.. dormate pun dah tak sekecoh dulu. dulu 3-2. jauh dari rumah warden. buat bising or melalak macam orang gila pun tak apa. dormate semua sporting habislah! kak thaqifah, kak t-ra, kak miera and lain-lain. semuanya sama-sama gila macam aku. kadang-kadang merepek pasal nak letak hometheaterlah dekat dorm. nak letak itulah-inilah. lepastu gelak ramai-ramai bila tahu benda tu tak masuk akal. lagidanlagi, aku rindu masa bulan ramadhan. satu dorm ambil kesempatan keluar sekolah, pergi bazaar depan sekolah then beli macam-macam untuk dormate.. memang bestlah! masa tu, keluar pergi bazaar depan sekolah pun rasa seronok asalkan dapat keluar sekolah.. bila dah habis prep malam, semua berkumpul tengah dorm. bersiap-sedia nak makan  satay, ayam percik, potato cheese, dan macam-macam lagi. memang tidur lambatlah semua orang malam tuh.. tapi semuanya happy sebab perut dah kenyang. kalau makanan tak habis, pergila merayau satu 3rd floor bagi makanan dekat siapa-siapa yang nak. besoknya, bila nak bangun sahur, semu liat. dah tidur lambat, memang bolehlah pulakkan nak bangun sahur? tapi aku dah biasa puasa tak sahur.. so tak heran sangat.. tapi petang tuh jangan cakaplah. semuanya mengadu kelaparan. haha. memang sweet moments dengan dormates.. hm.. kalaulah dapat putarkan balik masa, memang aku buat betul-betul macam apa yang aku rancang. uwaa!! nak tahun 2011 balik..!

2012, saya harap sangat awak boleh jadi yang terbaik jugak macam 2008 dan 2011. okay? kalau boleh, saya nak sepanjang tahun 2011 ~ 2015 merupakan antara tahun yang paling bermakna :) please...




thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

No comments: