MY STATUS!
Saya Mendoakan Pendekar Menjadi Johan Acara Kawad dan Johan Keseluruhan untuk Sukan Tahunan SMSS pada Tahun Ini. Amin..
It's All About F15Teen :D: This Week is a Tough Week..
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 19, 2012

This Week is a Tough Week..


hey, tengah selsema sekarang nih. baru lepas balik dari celebrate anniversary parents yang ke 16. huhu~ mereka sweet sangat. tadi ibu suapkan ayah spaghetti. haha. jealous much. tunggu je lah 12 tahun akan datang. aku pun nak buat macam tuh jugak dengan suami aku.. okay, tukar topik!

minggu nih minggu peperiksaan. sumpah penat gila minggu nih. dengan tidur lambat sebab study, masalah batchmate yang kantoi 'menerbangkan' diri mereka, masalah dengan I***, memang penat gila aku cakap. kadang-kadang tuh aku rasa macam nak mati terus supaya tak payah nak fikir masalah dunia lagi. haih, teruk betul aku nih. setakat nih, aku dah lepas exam agama, sejarah, geografi, english, bm, mathematics. dalam banyak-banyak subjek, mathematics lah yang paling banyak cabaran dan dugaannya. aku sanggup tidur pukul 3:30 pagi, semata-mata nak study math. nasib baiklah, Ain, Adlina, Echa, Wan, Erin sudi temankan aku. yang paling hebat Adlina, Ain dengan Echa yang teman aku sampai pukul 3:30 pagi tuh. alhamdulillah, aku boleh jawab paper math pagi tuh. tapi, nak kata senang tuh pun tak adalah senang sangat. still mencabar minda jugak. sejarah pulak, soalan no 1 aku dah blank. memang rasa nak menangis masa tuh. bayangkan, soalan yang aku jangka banyak keluar, tak keluar pun. rasa macam.. ARRGHH!! aku dah lah banyak baca bab 3 dengan bab 4. bab 1 dengan bab 2 aku just baca sambil lalu jer. and the results is, soalan no 1 aku dah salah. tak tahulah macam mana dengan soalan yang lain-lain. just pasrah dan redha je lah dengan apa yang aku dah jawab. bm agak senang. english pun. geografi bolehlah. agama aku banyak ikut logik akal jer. aku tak sempat nak baca semua. nasib baiklah tokoh-tokoh aku baca betul-betul. harap-harap ustazah hilmoon mengasihani aku dengan memberi aku A dalam agama. amin.. next week, isnin sains dengan sivik. sivik tuh memang aku tak tengok soalanlah. terus jer jawab dekat kertas OMR. selasa pulak KT dengan Arab. pagi nih, aku dah rancang nak belajar science dengan ibu. insya'allah boleh jawab isnin nanti. aku memang target math dengan science aku A kali nih. kalau tak dapat, memang frustrated habis. so, wish me luck okay? :D

saya mendoakan Aina Nadhrah Binti Mohd Zaid mendapat 8A dalam PPT. amin..







thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

No comments: