MY STATUS!
Saya Mendoakan Pendekar Menjadi Johan Acara Kawad dan Johan Keseluruhan untuk Sukan Tahunan SMSS pada Tahun Ini. Amin..
It's All About F15Teen :D: Hari Keusahawanan + Hari Anugerah Cemerlang :'D

Saturday, May 5, 2012

Hari Keusahawanan + Hari Anugerah Cemerlang :'D


hari keusahawanan muda smss tahun nih diadakan pada 13 dan 14 April 2012 (ceh, bapak skemanya ayat ). okay, apa aku nak cakap, hari keusahawanan tahun nih tak se'best' last year punya. nak tahu kenapa? sebab tak ada Encik F15teen aku. memanglah dia ada sebab dia dapat anugerah, tapi tetap tak seronok sebab aku langsung tak dapat bercakap even tegur dia sekalipun. sediiiiihhhh SANGAT! lagi satu, tahun nih aku kena bahan teruk gila! batchmate sumpah jahat. diorang bahan aku dengan tawau gila-gila. kalau just ejek-ejek tuh aku boleh terima lagi. ini sampai buat request lagulah, tangkap gambarlah. haih, memang rasa macam nak menangis jer masa tuh. tapi nasib baiklah izzah dengan wan pujuk aku. budak boys sumpah galak gila gelakkan aku. lagi-lagi azim, poji, faizrul, timun, pudin. rasa macam nak sembelih diorang pun ada jugak masa tuh. nasib baiklah aku nih penyabar. kalau tak, dah arwah dah diorang tuh aku kerjakan. okay, lupakan pasal tuh. masa first night hari keusahawanan, aku masuk rumah hantu dengan yani, ain, echa. ain dengan yani mula-mula takut gila. penat aku dengan echa pujuk diorang suruh masuk jugak rumah hantu tuh. nasib baik last sekali diorang masuk jugak. kalau tak, buat penat jer kitorang beratur. comment aku pasal rumah hantu tahun nih? hmm.. not bad. tapi tak adalah seseram yang diorang cakapkan. maybe sebab kebanyakan hantu dalam tuh aku kenal kut. second night, aku tak masuk. azwa offer masuk free, tapi aku tak nak sebab malas. malam tuh aku banyak lepak dengan batchmate. merayap sana-sini, kacau orang. makan, makan and makan. sumpah aku gemuk masa hari keusahawanan tuh.and seperti tahun-tahun yang sebelum nih, seperti biasa, bila ianya dah jadi malam terakhir, apa lagi? pesta baling makanan tuh mesti ada punyalah. aku kena banyak jugaklah. sos, susu pekat, garam, kicap, puding and many other. sumpah melekit-lekit badan aku malam tuh. tapi bestlah. kenangan.. ada jugak yang kena dunk-tank. nasib baik aku tak kena. dunk-tank tuh kita just kena kalau ada orang request. aku bersyukur sangat tak ada siapa pun request aku masuk dunk-tank.

hari anugerah cemerlang pulak 14 April 2012. alhamdulillah, aku dapat dua anugerah. top-10 dalam batch dengan pelajaran terbaik bahasa melayu. masa nak tunggu aku dapat anugerah tuh, punyalah lama. dah lah kena tunggu ucapan pengetua. lepastuh kena beratur bawah panas. haish, nasib baiklah aku boleh tahan lagi. okay, hari anugerah cemerlang aku tak tahu nak cakap apa lagi. so, these some pictures. sorry kalau banyak ;D

the coach that call me weng-weng and bulat :) 

 Aidil Ar-rasyid kena masuk dunk-tank :D

from the left, adlina, me, mira and azwa :D

love them.. :'D

 the koir babes. adlina, ain and echa :)

 ketua batch 1115, hazim syakir. the jendul one.
8.5 cm okay dahi dia ;D

 ada orang kata muka kami sama. me with ahmad amin ;D

me with syed. the one of hotter guy in my batch :D

i'm proud to have them in my life :'D

 my twins. mira and amin :)

the ghosts..

 okay, aku kotor gila time nih.. -,-''

aku kena spray.. smile! :D








thanks baca, jangan lupa follow dan comment;)

No comments: